Make your own free website on Tripod.com
YANG TERISTIMEWA DIHATIKU.......

zaamry ayup Zamry, insan pertama yang berjaya menawan hatiku.Pertemuan pertama telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara kami. Tak sangka dia akan menjadi buah hatiku kerana dia muda setahun dariku . Bagaimana kami kenal? Ia merupakan saat paling manis bagiku. Semuanya terjadi ketika kami sama-sama menyertai program interaksi yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Kolej Yayasan Melaka ( PSSCM-KYM ) di Ulu Bendul Negeri Sembilan.Kini hubungan kami telah pun berusia hampir dua tahun.Sepanjang tempoh dua tahun ini berbagai dugaan yang telah kami tempuhi bersama.Dia merupakan anak bongsu daripada 12 orang adik beradik,perangainya agak kebudak-budakan tetapi adakalanya dia serius . Aku harap hubungan kami ini akan berkekalan dan direstui keluarga .Ini kerana kami sangat menyayangi antara satu sama lain dan aku ,tentulah aku sangat menyayangi dirinya namun andaikata tiada jodoh antara kami aku redha.

Madah buat dirimu seorang
Terbayang wajahmu
Terbiaas cinta kasih putih
Seketika menjeruk rindu
Meronta hati ingin bertemu
Menabur mimpi menuai harapan
Berharap kau akan jadi milikku
Biar badai melanda jiwa
Kurempuh demi kekasih hati
dan sebuah cinta sejati
BACK