Make your own free website on Tripod.com
DIET & PEMAKANAN
PERIBADI PENGENALAN KESIHATAN DIET & PEMAKANAN KECANTIKAN FESYEN KEWANGAN
RAHSIA ALAM | AKHLAK

RAHSIA ALAM
Menyingkap Rahsia Di Sebalik Manisnya Madu
Rasul agung , Rasullullah s.s.w penah bersabda, 'Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh iaitu madu dan Al-Quran',
Penjelasannya:Al-Quran adalah penyembuh utama bagi penyakit yang adadalam hati manakala madu ialah penyembuh bagi setiap penyakit.
Sejak berkurun lamanya madu merupakansumber makanan dan tenaga manusia. Khasiat madu di dalam pemakanan kita sememangnya tidak ternilai. Madu sangat membantu di dalam pembinaan dan merangsang tubuh badan yang sihat.
Bagaimana Terhasilnya Madu
Lebah merupakan sejenis haiwan yang menakjubkan.Di dalam kelompok lebah terdapat lebah pekerja, lebah jantan dan lebah permaisuri.Lebah pekerja mengutip madu, debunga dan air setiap hari untuk dibawa pulang ke sarang. Madu mentah datangnya daaaripada manisan bunga-bungaan.Manisan akan disimpan di dalam karung ( comb ) sebelum matang menjadi madu. Lebah Menghasilkan:
Madu Simpanan makanan bagi keperluan kependudukan dalam sarang
Lilin lebah Untuk membuat sarang lebah
Debunga Untuk memberi makan anak-anak lebah.Apabila debunga ini kering ia merupakan makanan yang berkhasiat.
Propolis Bertujuan untuk menyelaputi sarang supaya terhindar daripada angin dan hujan(juga boleh dijadikan bahan antiseptik).
Racun sengatan Baik untuk merawat sakit sendi , sengal-sengal dan sakit tulang belakang
Mengenal Madu Asli
Tanda -tanda seperti bila dititis dari kuku , madu tidak jatuh kebawah, menyala apabila dibakar, meletup sebab gas yang terkumpul ialah tanda madu itu adalah madu asli.
Khasiat Untuk Tubuh
Bukti dibidang perubatan mendapati madu bukan sahaja sebagai makanan yang menyihatkan malah madu juga adalah bahan penting untuk merawat berbagai penyakit antaranya:
  • Ciri birit / barah dalam perut
  • Kencing tidak lawas
  • Sakit gigi / mata / sakit kepala
  • Luka / kudis / kulit kering / gatal-gatal
  • Masalah penghadaman tidak sempurna / kegemukan
  • Ibu bersalin / berpantang / sakit pinggang
  • Pelupa / sakit mata
  • Kurang tenaga / cergas / sesak nafas / keletihan / susah tidur /lelah / asma
  • Menambah tenaga batin dan banyak lagi
KE ATAS








AKHLAK
Larangan Minum Cara Keldai
Minum dalah perkara yang selalu dipandang remeh.Minum sambil berdiri menjadi pekara biasa apatah lagi memegang gelas atau cawan dengan tangan kiri. Tapi apa halnya dengan tangan kiri, aimana tangan kanannya. Bukankah suatu yang baik itu diminta dialukan dengan tangan kanan. Minum tentulah kerja baik maka wajarlah menggunakan tangan kanan. Selain itu ada satu lagi budaya yang tidak seharusnya ada pada umat islam iaitu minum secara sekaigus atau sekali hirupan. Sebenarnya, Rasullullah pernah mengungatkan umat Islam agar tidak bernafas di dalam cawan / gelas air. Larangan ini adalah untuk menjamin kesihatan umat Islam agar terus selamat. Sesungguhnya pernafasan di dalam air mengeluarkan karbon, maka jadilah air itu bercampur karbon. Ini bermakna air yang diminum telah bercampur karbon. Kalau ini terjadi maka kesihatan umat Islam akan terjejas.

Satu lagi perbuatan yang tidak disukai oleh Islam iaitu makan dan minum bersendirian. Daripada ibnu Abas r.a , katanya Rasullullah bersabda 'Janganlah kamu minum seorang diri seperti minum keldai tetapi minumlah berdua dan bertiga.Dan bacalah Bimillah apabila kammu minum dan ucaplah alhamdulillah apabila kamu selesai minum (riwayat at-Tarmizi)'

Tetapi yang lebih penting dari itu ialah keldai sudah pastinya tidak membaca doa ketika hendak minum dan begitu juga setelah selesai minum. Inilah yang patut membezakan umat Islam dengan oranng lain. Adab yang dianjurkan oleh Islam itu sudah cantik dan ia mesti terus dihayati. Didiklah anak -anak anda agar tidak meniru gaya minum seperti keldai ini.




Berhadapan Dengan Makanan
Islam mengajar umatnya cara berhadapan dengan makanan. Beberapa perkara berikut mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Mari kita selidiki:
  1. Tujuan Kita Makan
    • Mendapatkan kesihatan yang baik dan tenaga untuk bekerja dan beramal ibadah dengan selesa.
  2. Tatacara Makan
    • Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan sama ada berkaian dengan sumber mendapatkannya dan juga kaedah pemprosesannya.
    • Makan apabila berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang.
    • Makan dengan penuh adab sopan.
  3. Pengambilan Makanan
    • Makan makanan yang mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga.
    • Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diperlukan oleh individu setiap hari.
    • Makan makanan yang tarcemar boleh mendatangkan bahaya.Sesetengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan unca kepada penyakit kanser
KE ATAS

LAMAN UTAMA