Make your own free website on Tripod.com
FESYEN
PERIBADI PENGENALAN KESIHATAN DIET & PEMAKANAN KECANTIKAN FESYEN KEWANGAN

Jubah berseluar hijau memberikan keselesaan kepada anda. Selesai urusan di pejabat, mungkin anda perlu menghadiri jamuan berbuka anjuran syarikat. Padanan tudung panjang sutera batik bersaiz besar gandingan serasi dengan busana warna polos menampilkan imej Malaysia Warna krim yang bersih, dengan taburan bunga halus serta sulaman di hujung tangan terserlah dengan gandingan tudung panjang sutera Thailand coklat pekat. Biru memberikan ketenangan. Sut serba biru ini pasti membuatkan anda tenang bekerja dan selesa. Sut hijau dwitona gabungan ilham baju Kedah dan blaus ringkas. Gandingan kain potongan payung bercorak genggang memudahkan pergerakan.



Tatarias Serlah gaya dengan permata

Tidak keterlaluan jika dikatakan aksesori permata mula mengambil alih selera para remaja hari ini ketika bergaya. Jika dulu ramai yang gemar mengenakan aksesori pelbagai rupa, kini perhiasan diri seperti rantai leher dan tangan serta cincin yang diperbuat dari batu-batu permata menjadi pilihan. Ada yang mendakwa batu-batu permata pelbagai jenis dan nama ini dapat membantu memulihkan penyakit tertentu. Bagaimanapun bidang perubatan masih belum membuktikan kesahihannya secara khusus. Apapun, kita lihat batu-batu permata yang boleh dijadikan pilihan untuk menyerikan penampilan anda dalam keluaran ini.

Kilauan kerongsang

Kerongsang, ibarat teman karib untuk si gadis. Bagi yang bertudung, kerongsang menjadi aksesori terpenting untuk menambah gaya seseorang. Manakala yang tidak, kerongsang ibarat peneman bagi yang gemar mengenakan pakaian rona polos. Hari ini kerongsang sudah mempunyai pasarannya yang tersendiri. Sama ada jualan langsung mahupun secara internet, pelbagai bentuk, saiz dan warna kerongsang mengambil tempat. Tidak hairanlah kiranya jika sudah ada kerongsang yang dijual dengan harga ribuan ringgit, bila ada yang meletakkan berlian mahu pun permata yang lain sebagai hiasan. Mengunjungi Butik Kerongsang memberikan anda pilihan untuk memilih kerongsang yang pelbagai jenis. Namun sempena Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi, Kerongsang Mata Kucing serta Rusia lebih mendapat perhatian. Apa yang menarik, ia dijual dengan harga yang berpatutan meskipun diimport dari luar negara.

Busana Muslim Nan Bergaya

Fesyen untuk wanita bertudung tidak semestinya terkongkong kepada fesyen berjubah semata-mata. Ia boleh dipelbagaikan dengan gaya bersesuaian tanpa meninggalkan ciri-ciri kesopanan sebagai wanita Muslim. Ikatan tudung dengan gaya memikat menyerlahkan lagi keindahan busana muslim. An-Nisa menampilkan koleksi busana muslim oleh butik Atim Agoy untuk gaya Ramadan kali ini.
Padanan tudung, Asas warna hangat & dingin
Terlalu banyak jenis, warna dan corak tudung yang ditawarkan di pasaran untuk dipadan dengan pakaian kita. Namun, penat membeli yang difikir sesuai akhirnya kita tidak menyerlah langsung apabila menggayakannya. Kegagalan itu ialah kerana anda tidak memilih warna berdasarkan kesesuaian kulit anda dengan kumpulan warna hangat dan dingin (warm and cool). Jadi yang penting sebelum memilih sebarang warna untuk pakaian, ketahui dahulu dalam kategori warna apa anda tergolong.

Warna hangat contohnya, ialah kuning kemerah-merahan, gangsa, coklat dan semua kategori warna-warna tanah. Manakala kumpulan warna dingin ialah merah jambu, burgundy, biru dan hijau. Bagaimanapun, warna-warna seperti perang, keemasan, kuning kemerah-merahan dan kuning air sesuai untuk semua orang.
Tip mudah untuk mengetahui anda dalam kumpulan warna mana ialah sapukan alat solek anda ke pergelangan tangan. Jika bayangan kekuningan muncul itu bererti anda tergolong dalam kumpulan warna hangat manakala jika bayangan biru tampil itu ertinya anda tergolong dalam kumpulan warna dingin.

KE ATAS | LAMAN UTAMA