Make your own free website on Tripod.com
KECANTIKAN
PERIBADI PENGENALAN KESIHATAN DIET & PEMAKANAN KECANTIKAN FESYEN KEWANGAN
PRODUK | RAWATAN | TIPS

PRODUK
Cuci muka tapi..........
Ikuti tip yang diberikan agar anda lebih yakin dalam mengenalpasti jenis kulit , jenis sabun serta kaedah penggunaannya. Ini mustahak kerana kulit memainkan peranan penting dalam perawatan kecantikan dan juga kesihatan kulit:
Jenis Sabun
  1. Sabun bayi
    • Juga dikenali sebagai 'supperfatted soap' yang mengandungi banyak lemak yang diperlukan kulit. Sabun bayi biasanya digunakan oleh bayi atau mereka yang mempunyai kulit jenis kering atau kulit normal yang biasanya cenderung kering(untuk wajah dan tubuh).
  2. Sabun pH Normal
    • Sabun jenis ini biasanya pH bawah 7 dan sesuai untuk kegunaan sehari -hari khusus sebagai sabun mandi atau sabun cuci muka
  3. Pencuci Muka Sabun
    • Juga dikenali sebagai 'pH balance' krana kandungan pH adalah antara 4 - 5 (pH yang menghampiri fisiologi semulajadi kulit iaiti 5.5). Sabun jenis ini sesuai untuk kulit jenis kering dan normal.
  4. Sabun Berubat
    • Ia mengandungi antiseptik yang sesuai digunakan untuk kulit yang bermasalah sahaja. Jika kulit tiada masalah , jangan gunakan sabun jenis ini kerana ia mungkin aan menyebabkan iriksi. Bagi kulit bermasalah disarankan menggunakan antara 1 - 3 kali sehari.
  5. Sabun Deodoran(Sabun Anti Bau Badan
    • Sabun yang mengandungi bahan pewangi serta kandungan lemak yang berfungsi untuk mengeringkan bahagian-bahagian tubuh yang banyak mengeluarkan peluh.
  6. Sabun Jernih( transparence bar)
    • Sabun ini mengandungi 70% bahan asas dan 30% kandungan gliserin dan gula. Ia paling sesuai untuk kulit jenis normal sahaja.
KEMBALI KE PILIHAN












RAWATAN

Jika anda memakai suatu poduk kosmetik dan merasakan kulit wajah menjadi gatal- gatal atau panas . Kemungkinan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda. Sebaiknya hentikan segera pemakaian kosmetik tersebut. Berikut disenaraikan cara terbaik merawat kulit wajah dengan cara yang paling ringkas.
  1. Cuci muka dengan menggunakan pembersih
  2. Kemudian gunakan buih penyental atau skrub
  3. Sekiranya suka , lakukan sendiri proses pengewapan wajah
  4. Lakukan urutan-urutan yang sesuai untuk wajah agar wajah yang lesu menjadi segar kembali
  5. Gunakan masker . Carilah masker yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan dua minggu sekali, bersilih ganti dengan proses 'peeling'
  6. Bersihkan masker yang sudah kering dengan air suam. Kemudian rawatlah wajah dengan penyegar agar liang roma yang terbuka tertutup kembali
  7. Jika wajah anda mengalami masalah jerawat yang serius, gunakan ubat anti jerawat. Selain itu berpantanglah dalam pemakanan
  8. Bagi daerah-daerah yang kering, apakata sapukan pelembap. Lakukan ia di waktu malam dan berilah kulit anda bernafas dan berehat secukupnya
KEMBALI KE PILIHAN











TIP

Secara umum baik wanita ataupun lelaki, masing-masing harus menjaga kulitnya dari pelbagai gangguan. Tindakan yang patut dilakukan adalah:
  1. Cuci tangan dengan menggunakan sabun hingga bersih sebelum menyentuh wajah.
  2. Lakukan pembersihan kulit wajah wajah pada waktu pagi dan malam.
  3. Luangkan sedikit waktu untuk mengurut kulit bagi merangsang pertukaran sel-sel kulit pada waktu malam
  4. Lindungi kulit dengan serius , apatah lagi anda sering ke luar kota menempuh perjalanan yang berdebu
  5. Amalkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari


Penjagaan Kulit Kering
  • Berilah kulit dan tubuh anda merasa tenang setiap saat
  • Ubah jenis produk perawatan kulit yang sesuai dengan musim, iklim dan gaya hidup anda
  • Anda juga perlu memulakan penggunaan produk perawatan anti penuaan dengan segera setelah tanda-tanda tersebut muncul.Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk kulit jenis anda
  • Hindari mandi dengan air panas atau gunakan minyak mandian(bath oil)ketika mandi dengan siraman air panas
KEMBALI KE PILIHAN| LAMAN UTAMA