Make your own free website on Tripod.com
KECANTIKAN
PERIBADI PENGENALAN KESIHATAN DIET & PEMAKANAN KECANTIKAN FESYEN KEWANGAN
CTS | SARS

CTS (Carpal Tunnel Syndrome)
Bagaimana terjadi?


Kebiasaannya CTS berlaku disebabkan oleh tekanan pada sarat median yang terdapat pada pergelangan tangan atau istilah perubatannya karpus.Menurut Dr.Green sekiranya bahagian pergelangan bengkak,laluan akan tersumbat dan ini akan mengganggu perjalanan darah.Inilah yang mengakibatkan rasa sakit Apabila berlaku radang pada saraf pergelangan tangan ,ia akan menyebabkan rasa menyucuk dan kebas pada ibu jari dan telunjuk. Aktiviti yang banyak membabitkan penggunaan pergelangan tangan berulang-ulang,sentiasa terdedah kepada masalah ini. Seperti perbuatan menaip yang kerap dan berterusan.Penggunaan komputer yang meluas menjadikan pengguna komputer antara yang berisiko tinggi mendapat CTS.
Simptom

Antara tanda-tanda awal termasuk rasa kebas,nyilu,hilang keupayaan untuk menggeggam atau memegang dan tidak dapat tidur akibat kesakitan.
Rawatan

Terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk merawat masalah CTS bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.
1)Rawatan perubatan yang melibatkan pembedahan/suntikn steroid mungkin mengurangkan kesakitan buat sementara,tatapi masalah yang sama akan kembali.
2)Teknik kiropratik boleh memulihkan masalah CTS .Tugas kiropraktor ialah membetulkan kedudukan tulang supaya susunannya kembali kepada asal.
3)Penggunaan pengikat pergelangan khusus dicipta oleh kiropraktor mampu memulihkan kedudukan tulang,melebarkan terowong dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan dan kerangsaan pada saraf.
Senaman

Senaman ringkas khusus untuk pergerakkan tangan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana.Hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit.
1 Luruskan kedua-dua tangan dan regangkan pergelangan tangan dan jari menghala keatas. Kira 1 hingga 10.
2 Luruskan kedua-dua pergelangan dan relakkan jari.
3&4 Genggam semua jari dan kemudian bengkokkan pergelangan tangan kira 1 hingga 10.
5 Luruskan kembali tangan dan relakkan jari jemari.
6 Ulangi senaman ini sebanyak 10 kali.Jatuhkan tangan di sisi dan goyangkan tangan beberapa kali.
KE ATAS






S A R S
SEVERE ACUTE RESPIRATORY SYNDROME
Sindrom Pernafasan Akut Teruk
Gejala utama:
Panas yang tinggi lebih dari 38 0C, selsema tiada hingus dan batuk tiada kahak, sesak nafas, nafas pendek.
Tanda-tanda lain:
Sakit kepala, kaku otot, tiada selera makan, lemah dan lesu, kemerahan pada kulit, diare.
(Untuk lebih jelas sila dapatkan nasihat doktor)
  1. WHO menyebut penyakit yang menjadi penyebab KLB ini sebagai SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), suatu pneumonia atipik (atypical pneumonia) yang belum dapat ditentukan penyebabnya.
  2. SARS saat ini merupakan ancaman bagi kesihatan masyarakat global dan seluruh dunia perlu bekerjasama untuk menemukan penyebabnya dan menghentikan penyebarannya.
  3. Setakat ini belum ada cadangan untuk membatasi perjalanan orang ke tujuan manapun. Akan tetapi diharapkan semua individu berwaspada terhadap perkembangan penyakit ini. Dalam pada itu WHO sahingga kini masih melakukan penyelidikan tentang penyebab, perjalanan dan cara penularan penyakit ini.


S A R S
Suatu Alamat Rasulullah Sebut
" Penyakit Ganjil Akhir Zaman "
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE dan kini SARS pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.
Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;
"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)." (HR: Ibnu Majah)
Al Quran dan Sunnah serta Penemuan Moden DN 250
Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka
Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji, jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.

KE ATAS

LAMAN UTAMA